Yayasan DMDI
Sektor
Ekonomi
Yayasan DMDI

Sektor Ekonomi

Sektor Ekonomi Yayasan DMDI berperanan memperkasa keusahawanan dan pembangunan ekonomi ummah melalui pelbagai inisiatif, jaringan perniagaan, serta program bimbingan usahawan. Usaha ini bertujuan membina komuniti Melayu dan Islam yang berdikari, berdaya maju, dan berdaya saing di peringkat global.

Singgahsana Construction Sdn Bhd

Singgahsana Construction Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Singgahsana Emas Sdn Bhd dengan pegangan saham sebanyak 100%. Ditubuhkan pada 22 Mac 2013 dengan modal berbayar berjumlah RM750,001.00, syarikat ini turut berdaftar dan memiliki lesen CIDB bertaraf G5.

DMDI Ventures Sdn Bhd

DMDI Ventures Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat persendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 7 Ogos 2014. Syarikat ini terlibat dalam sektor peruncitan melalui pengoperasian kedai serbaneka DMmart.

Aktiviti

Sektor Ekonomi

Yayasan DMDI melaksanakan pelbagai inisiatif dalam sektor ekonomi bagi memperkukuh keusahawanan, menggalakkan pelaburan strategik, serta meningkatkan kesejahteraan dan daya saing ekonomi masyarakat Melayu dan Islam di seluruh dunia.

Foodbank Yayasan DMDI

Bersatu untuk kemanusiaan. Yayasan DMDI menggerakkan bantuan global demi kesejahteraan ummah sejagat.