DMDI
Negara Anggota
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menghimpunkan masyarakat Melayu dan Islam dari seluruh dunia, bermula daripada akar sejarah hubungan dagang Melaka sejak abad ke-15. DMDI menjadi jambatan yang menyatukan bangsa, budaya dan agama, serta memperkukuh persaudaraan antara masyarakat Melayu dan Islam di pelbagai benua.
Hari ini, DMDI terus berkembang dan telah menjalin kerjasama erat dengan 23 buah negara anggota, membentuk sebuah jaringan global yang kukuh. Kehadiran negara anggota ini membuktikan komitmen bersama untuk mengangkat martabat Dunia Melayu dan Islam di peringkat antarabangsa.






















