Dunia Melayu
Dunia Islam
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil ilham TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka. Penubuhan ini bertujuan memupuk kesatuan dan perpaduan umat Melayu-Islam di seluruh dunia serta menggalakkan kerjasama dengan bangsa lain. DMDI menjadi platform menjana kecemerlangan umat dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat dan pendidikan bagi mencapai kesejahteraan serta kemajuan bersama.
Sejak penubuhannya, DMDI menganjurkan konvensyen tahunan dan pelbagai program seperti seminar, bengkel dan projek pembangunan untuk memperkukuh jaringan antara pemimpin serta masyarakat Melayu-Islam dunia. Bermula tahun 2018, DMDI bergerak sebagai badan bebas dan terus aktif melaksanakan program sosial serta kemanusiaan yang memberi manfaat di dalam dan luar negara.