DMDI
Berita
& Aktiviti

MoU DMDI Travel & Tours Sdn. Bhd.

Pada 23 Jun 2025, telah berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DMDI Travel & Tours Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, dan Aston Pekalongan Syariah Hotel & Conference Center, yang diwakili oleh Bapak Pulung Saptoadi.

Majlis yang diadakan di Pekalongan, Jawa Barat, Indonesia ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dalam bidang pelancongan dan hospitaliti antara Malaysia dan Indonesia. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memperkasa sektor pelancongan berkonsepkan syariah serta membuka peluang kerjasama baharu dalam promosi, penginapan dan penganjuran program pelancongan Islamik di rantau ini.

Tabung
Kemanusiaan DMDI

Bersatu untuk kemanusiaan. DMDI menggerakkan bantuan global demi kesejahteraan ummah sejagat.