Yayasan DMDI
Berita
& Aktiviti

Yayasan DMDI Buka Kedai Buku Sejarah Dunia

Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melalui anak syarikatnya, DMDI Ventures Sdn Bhd sekali lagi melebarkan sayap perniagaan kini melancarkan kedai Buku Sejarah Dunia yang pertama, sekali gus membuka peluang bagi ahli akademik, ahli sejarah mencari buku-buku berkaitan sejarah dan tamadun di seluruh dunia.

Kedai Buku Sejarah Dunia ini telah dirasmikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka merangkap Presiden DMDI pada 2 Februari 2026 di Jalan Bendahara. CEB Cafe ini diwujudkan sebagai sebuah ruang beteraskan sejarah peradaban dunia yang merangkumi pelbagai tamadun pada peringkat global, Asia dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhannya bertujuan memperkaya pemahaman masyarakat terhadap sejarah dan perkembangan tamadun manusa melalui pendekatan pendidikan yang inklusif dan berinformasi.

 

Foodbank Yayasan DMDI

Bersatu untuk kemanusiaan. Yayasan DMDI menggerakkan bantuan global demi kesejahteraan ummah sejagat.