TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri merangkap Presiden DMDI telah mengadakan pertemuan bersama Yth Bapak Drs. Ahmad Luthfi ; Gubernur Jawa Tengah di Kantor Gubernur Jawa Tengah, Indonesia.
Pertemuan ini adalah bagi membincangkan kerjasama diantara dua Negara antaranya dalam bidang ekonomi, pendidikan serta budaya selain ianya turut mengeratkan hubungan silaturrahim.
Presiden DMDI juga berkesempatan menghadiri Majlis Pelantikan DMDI Provinsi Jawa Tengah, Indonesia yang diadakan di Wisma Perdamaian Semarang, Jawa Tengah Indonesia.
Majlis ini telah dihadiri seramai 200 orang tetamu dari dalam dan luar negara dimana Yth Bapak Dimas Anafadli telah terpilih sebagai Ketua DMDI Jawa Tengah bagi tempoh 2025 – 2028.



