Yayasan DMDI
Berita
& Aktiviti

Ziarah Kasih Yayasan DMDI

Program Ziarah Kasih anjuran Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) telah diadakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan ke rumah Puan Rosnah Abdullah, Puan Merah Baba, dan Puan Rosnah Jaamar. Lawatan ini bertujuan menyantuni serta menyelami kehidupan mereka yang memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat sekeliling. Dalam ziarah tersebut, wakil DMDI telah menyampaikan sumbangan ikhlas berupa barangan keperluan harian seperti makanan asas, barangan dapur dan keperluan rumah, sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan mereka.

Program sebegini bukan sahaja mempererat hubungan silaturahim antara ahli DMDI dan komuniti setempat, tetapi juga menjadi platform untuk menzahirkan nilai kasih sayang serta semangat saling membantu sesama insan. DMDI berharap inisiatif Ziarah Kasih ini dapat diteruskan secara berterusan agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni, seterusnya memperkukuh semangat kebersamaan dan kepedulian sosial dalam masyarakat Dunia Melayu Dunia Islam.

Foodbank Yayasan DMDI

Bersatu untuk kemanusiaan. Yayasan DMDI menggerakkan bantuan global demi kesejahteraan ummah sejagat.