Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana Laman Web Dunia Melayu Dunia Islam dapat diterbitkan. Laman web ini memaparkan informasi bergambar mengenai program-program DMDI dari tahun 2003 hingga sekarang.
Laman web ini dilihat amat penting kerana ia memaparkan program-program yang telah dilaksanakan oleh DMDI. Bagi yang tidak berpeluang untuk menyertai program yang telah dilaksanakan, mereka dapat melihat gambaran program-program tersebut melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dipaparkan, bagi yang menyertai program-program tersebut, gambar-gambar yang dipamerkan akan dapat mengimbau kembali nostalgia ketika program tersebut. Manakala bagi yang belum mengenali DMDI, Laman web DMDI ini akan memberi gambaran mengenai aktiviti-aktiviti DMDI.
Laman web DMDI ini diterbitkan bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada ahli-ahli DMDI dan masyarakat umum mengenai dasar-dasar dan juga kegiatan-kegiatan DMDI dari masa ke masa. Dengan adanya Buletin seperti ini maklumat-maklumat tentang program-program dan kegiatan DMDI serta sembilan bironya akan dapat disebarkan dengan meluas.
Akhir kata, semoga Laman Web ini dapat mewujud semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam di seluruh dunia dalam pelbagai aspek yang menyentuh kemajuan bersama seperti dalam bidang pembangunan dan kewangan seperti ekonomi, pelancongan, pendidikan, belia dan wanita dengan menjadikan agama Islam sebagai pegangan.
Salam Hormat,
YBhg TAN SRI (DR) HJ MOHD ALI BIN HJ MOHD RUSTAM