- Sejak tahun 2000, sebanyak 10 Konvensyen telah diadakan di Melaka dan berbagai-bagai program seminar, pertemuan, bengkel dan lokakarya telah diadakan di luar Melaka dan luar Malaysia. Pada kesemuanya, isu-isu jatidiri serta kesatuan Melayu-Islam telah dibahas serta dibincangkan serta diimplementasikan. Selepas Konvensyen DMDI pada 2001, DMDI telah menubuhkan 13 Biro DMDI yang bertanggungjawab merumus, melaksana serta memantau program-program pembangunan masyarakat Melayu-Islam sedunia.
- Aktiviti digerakkan oleh biro-biro dan DMDI luar negara. Biro-biro DMDI tersebut ialah;
- Biro Belia
- Biro Wanita
- Biro Dakwah
- Biro Ekonomi
- Biro Pelancongan
- Biro Pusat Sumber
- Biro Sosio Budaya
- Biro Sains, Teknologi dan Inovasi
- Biro Pendidikan
- Biro Sukan
- Biro Teknologi Maklumat & Inovasi
- Biro Industri Halal Hub
- Biro Kesihatan dan Kebajikan
- Biro-biro tersebut dipengerusikan oleh Ketua Jabatan / Agensi dan bergerak melalui Jabatan / Agensi masing-masing. Pengerusi, biro dan Jabatan / Agensi yang terlibat adalah seperti berikut;
- YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Biro Belia
- Y.B Datuk Latipah binti Omar, Biro Wanita
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka - YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Bt Samsudin
Ahli Dewan Undangan Negeri Masjid Tanah
- YBhg Prof Dr Hj Mohd Taib Bin Hj Dorah, Biro Pendidikan
Naib Canselor Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KUIM) - Prof Datuk Dr Abd Latif Abu Bakar, Biro Sosio Budaya
Institut Seni Malaysia Melaka - YBhg Prof. Madya Datuk Abu Bakar Md Diah , Biro Sains, Teknologi & Inovasi
Timbalan Menteri Sains Teknologi & Inovasi - En. Abdul Kadir bin Md Idris
Bahagian Promosi Pelancongan, JKM - En. Mohd Yusof bin Abu Bakar, Biro Dakwah
Majlis Agama Islam Melaka - YBhg Datuk Roslan Ibrahim, Biro Ekonomi
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka - YBhg Datuk Saroni Judi, Biro Sukan
Kolej Yayasan Melaka - Datuk Radhuana Bt Salleh, Biro Kebajikan dan Kesihatan DMDII
Ketua Pegawai Eksekutif PUTRA Specialist Hospital - Dr Mohd Aluwi Bin Sari, Biro Pusat Sumber DMDI
Ketua Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Sains Dan Teknologi Melaka (MiCosT)
Ketua Menteri Melaka
- Konvensyen tahunan diadakan bagi mengkaji pelaksanaan kemajuan resolusi-resolusi sepanjang tahun serta menganalisa isu-isu terkini berkaitan pembangunan Melayu-Islam di seluruh dunia, khasnya di kalangan negara-negara anggota DMDI.
- Ia berperanan merancang konvensyen / seminar “lokakarya” / pertemuan akan datang di samping menyelaraskan kesemua program yang telah dirancang oleh Biro-biro pada konvensyen / seminar “lokakarya” / pertemuan yang lepas.
- Sebuah Jawatankuasa Majlis Tertinggi (Supreme Council) DMDI juga telah ditubuhkan dan dianggotai oleh kesemua Pengerusi DMDI negara dan propinsi di Indonesia. Pengerusinya ialah Presiden DMDI. Majlis ini berperanan merumus dasar-dasar pelaksanaan serta pemantauan projek-projek pembangunan DMDI.