Festival Sukan DMDI telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Idris Haron dan Presiden DMDI YB Sen. Tan Sri (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Hj. Mohd Rustam.Perasmian berlangsung pada 8.30 mlm di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Durian Tunggal, Melaka. Penglibatan daripada enam buah Negara membabitkan kira-kira 1000 atlet yang terdiri daripada Negara Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Sri Lanka dan tuan rumah, Malaysia. Acara-acara yang dipertandingkan antaranya Silat, Sepaktakraw, Gasing, Badminton dan Bowling.
Objektif Festival Sukan DMDI ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan Semangat Ukhwah & Siratulrahim dari kalangan peserta- peserta dan pelbagai latar belakang & budaya.Hal ini demikian Sukan, boleh menyatupadukan masyarakat dan sukan juga boleh meningkat jati diri terutamanya dikalangan generasi muda. Penganjuran Festival Sukan DMDI jelas mempamerkan Semangat Perpaduan & Kesatuan.