DMDI

Latar Belakang

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin olehYBhg Tan Sri Dr. HJ Mohd Ali Bin Hj Mohd. Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Negeri Melaka tahun (tahun 2000 hingga tahun 2017) yang bertindak untuk mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

KEAHLIAN:
1. Masyarakat Melayu Islam dari negara-negara di dalam Asia Tenggara
2. Masyarakat dari negara-negara yang mempunyai penduduk Melayu yang ramai seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Australia dan Madagaskar
3.Masyarakat dari negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai seperti China, India, Jepun, Rusia, Amerika Utara dan Eropah;
4. Masyarakat dari negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, Pakistan, Bosnia-Herzegovina dan Iraq; Masyarakat dari negara-negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Melaka sejak abad ke- 15 seperti Britain, Portugal, Belanda, Sepanyol

Translate »