Dijemput hadir beramai ramai bagi memeriakan lagi kuliyyah Dhuha diTaman Minimalaysia asean bertarikh 6Mac2019 9.00am .
Sebagaimana yang dijelaskan dalam sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga”.(Hadith Muslim)
Daripada penjelasan hadith tersebut, ternyata penganjuran majlis ilmu merupakan satu tuntutan yang akan memberi ganjaran pahala syurga kepada mukmin yang mengikutinya. Ini kerana mereka yang mengikuti ajaran agama dan kemudian beramal dengannya akan mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Sementara itu, penjelasan tentang kebaikan mereka yang menghadiri majlis ilmu cukup banyak disebut di dalam hadis Rasulullah SAW. Sehinggakan baginda juga ada menyebut tentang seseorang mukmin yang berada di dalam majlis ilmu diumpamakan berada di dalam taman-taman syurga dan malaikat mencatit amal kebaikan buat golongan ini.
Ini diperjelaskan melalui hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidhi, Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud “Sungguh para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu”.