DMDI

Utama

 

Selamat hari lahir diucapkan kepada YBhg Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam,Presiden DMDI.Semoga dilindungi Allah swt, dikurniakan kesihatan yg baik & diberi keberkatan dalam memperjuangkan martabat Melayu & Islam di seluruh dunia.
Semoga Allah merahmati usaha-usaha YBhg Presiden dan dipanjangkan usia.
Ameen ya robbal alaminnnnn. | Kesatuan & Perpaduan!

Latar Belakang

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin olehYBhg Tan Sri Dr. HJ Mohd Ali Bin Hj Mohd. Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Negeri Melaka (Tahun 2000- Tahun 2017) yang bertindak untuk mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

 

KEAHLIAN:
1. Masyarakat Melayu Islam dari negara-negara di dalam Asia Tenggara
2. Masyarakat dari negara-negara yang mempunyai penduduk Melayu yang ramai

seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Australia dan Madagaskar
3. Masyarakat dari negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai seperti China,

India, Jepun, Rusia, Amerika Utara dan Eropah;
4. Masyarakat dari negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, Pakistan, Bosnia-Herzegovina

dan Iraq; Masyarakat dari negara-negara yang mempunyai hubungan dagang

dengan Melaka sejak abad ke- 15 seperti Britain, Portugal, Belanda, Sepanyol

 

Translate »