Ucapan Majlis Majlis Festival Sukan DMDI 2016 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir Idris Harun. YB Sen. Tan Sri (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Presiden DMDI dalam ucapan telah menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.
Diantara intipati ucapan YB Sen. Tan Sri (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam ialah menekankan bahawa objektif festival ini diadakan adalah : –
i) Sukan dapat menyatupadukan Masyarakat tanpa mengira warna kulit, umur dan sempadan negara.
ii) Sukan juga dapat mendidik dan meningkatkan disiplin dan jati diri terutamanya golongan muda
iii) Festival ini dapat mengenengahkan dan mempertahankan seni silat dan sukan gasing yang merupakan permainan tradisi warisan nenek moyang kita turun temurun.
iv) Festival ini dapat menggalakkan masyarakat bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat
Diakhir ucapan YB Sen. Tan Sri (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Melaka, Wakil-wakil Negara Anggota, UTEM, Para Dermawan dan mereka yang terlibat dalam penganjuran sukan serta semua yang hadir dalam majlis perasmian termasuk Kelab Bermotor BATAS.
Selamat Bersukan kepada semua atlet.