DMDI

MAJLIS TILAWATUL QURAN ANTARABANGSA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI) KE-7

JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS TILAWATUL QURAN ANTARABANGSA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI) KE-7 TAHUN 1437H/2016M

Dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Melaka melalui Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)  bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka bersama Dunia Melayu Dunia Islam kali ke – 7 pada 21 – 27 Jun 2016 bersamaan 16 – 22 Ramadhan 1437H di Melaka, Malaysia. Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa kali ke enam ini diadakan bertujuan untuk membudayakan minat membaca Al-Quran di kalangan Muslimin, di samping mempertingkatkan syiar Islam di kalangan negara-negara anggota DMDI dan dijangka dihadiri seramai 1,000 orang umat Melayu dari dalam dan luar negara.

Butiran mengenai Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa tersebut adalah seperti berikut:

Majlis Perasmian Pembukaan;

Tarikh                              :         22 Jun 2016 / 17 Ramadhan 1437H (Rabu)
Tempat                            :         Masjid Nurul Hidayah, Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka
Masa                               :         9.30 malam
Perasmi                           :         YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris bin Hj Haron,
Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah;

Tarikh                              :         26 Jun 2016 / 21 Ramadhan 1437H (Ahad)
Tempat                            :         Masjid  Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka
Masa                               :         9.30 malam
Majlis Penutup &             :         TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob,
Penyampaian Hadiah                     TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Tetamu Kehormat           :         YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Haron,Ketua Menteri Melaka

Sehubungan itu, DMDI mengalu-alukan penyertaan dari Malaysia dan 19 negara anggota DMDI untuk menyertai Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa ini. Sila kemukakan / faks Borang Permohonan Penyertaan (Lampiran 2) kepada Dunia Melayu Dunia Islam, 28-2 Aras 2, Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka atau faks ke nombor +06-2323 221 selewat-lewatnya 10 Jun 2016.

Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa ini boleh berhubung terus dengan YBhg. Encik Saiful Azrin bin Mohammed Salleh, Pengurus Projek ditalian +6017-5170137 atau YBhg. Puan Raziah Noor Razali ditalian +6012-6921760 atau pejabat DMDI ditalian +606-2323223. Borang Permohonan Penyertaan dan Peraturan & Syarat-syarat Penyertaan boleh dimuat turun seperti di link tertera! J

KESATUAN DAN PERPADUAN!

BORANG DAN SYARAT PENYERTAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »