DMDI

MAJLIS PERLANTIKAN PENGURUS DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI) SUMATERA UTARA 2016 – 2021

  1. H. TENGKU ERRY NURADI KETUA DMDI YANG BARU

 

19 May – Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) telah menghadiri Majlis Perlantikan Pengurus Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Sumatera Utara 2016 – 2021 pada 15 May 2016 bertempat di GUBERNURAN (Rumah Dinas Gubernur Sumatera Utara), Medan, Indonesia. Majlis ini dianjurkan oleh Kantor Gubernur Sumatera Utara bagi memperkenalkan perlantikan Pengurus dan barisan jawatankuasa baru bagi DMDI Sumatera Utara.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh Presiden DMDI; YB. Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam bersama isteri YBhg Puan Sri Datuk Wira Hjh Asmah Ab Rahman, Yang Terhormat Ir. H. T. Erry Nuradi, MS.i; Gabenor Sumatera Utara, Konsul Jeneral Malaysia; Encik Amizal Fadzli Rajali, Naib Pengerusi DMDI; Ybhg Prof Adj Datuk Dr. Hj Mohd Jamil Mukmin, Ketua Sekretariat DMDI Jakarta;Yth Bapak Said Aldi Al Idrus, Pengurus Besar DMDI;Ybhg Datuk Abu Bakar Abdul serta rombongan daripada Melaka. Majlis ini dihadiri lebih daripada 130 orang.

 

Acara Majlis Perlantikan Pengurus DMDI Sumatera Utara ini telah dirasmikan oleh Presiden DMDI; YB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, beliau telah menyerahkan Plak DMDI kepada Gubernur Sumatera Indonesia; Yth Bapak Ir. H.T. Erry Nuradi selaku Pengurus Baru DMDI Sumatera Utara. Satu sesi DMDI turut melibatkan pemberian sagu hati kepada anak-anak yatim dari Kampung Angkat DMDI di Medan . Presiden DMDI turut mengambil kesempatan memaklumkan Program Tilawah Al-Quran DMDI peringkat antarabangsa pada 21-27 June dan Program Konvensyen DMDI ke-17 yang bakal diadakan pada 24-25 Oktober di Melaka, Malaysia.

 

Pesiden DMDI; YB. Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah meluangkan masa membuat lawatan potensi pelaburan di Medan Industrial Park pada hari berikutnya. Tujuan lawatan ini adalah memperkukuh hubungan ekonomi antara negara anggota DMDI Malaysia-Indonesia dan menjelaskan jenis pelaburan yang diinginkan.

datinYBhg Puan Sri Datuk Wira Hjh Asmah Ab Rahman bergambar bersama tetamu MEDAN 1YAB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam menyerahkan Plak kepada Pengurus baru DMDI Sumatera Utara, Gubernur
anak yatimYAB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam bergambar bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Kampung Angkat DMDI di Medan jwtn kuasaYAB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam bergambar bersama-sama dengan Pengurus dan Jawatankuasa DMDI Sumatera Utara yang baru

 

Translate »